Thursday, August 25, 2016

Lama Menyepi

Teringin nak berblog... bila register rupanya ada lagi blog lama.. citer pasal sihat.. tp totap maintain upa itu.. malah lebih bam bam dari dulu... nak share apa ye lepas ni.. tunggu...

Monday, September 28, 2009

DELIMA Kaya Unsur Zat Besi


Buah delima ( Punica granatum ) merupakan antara buah yang kaya dengan unsur zat besi. Selain dari sedap dimakan , ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan . Zat Besi yang terdapat dalam buah delima ini dianggap sebagai unsur penting dalam buah delima ini dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah . Buah delima juga boleh memperbaiki usus - usus dan menguatkannya , membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk . Selain itu , buah delima yang masam juga boleh mencegah dari muntah , menghentikan cirit - birit dan melawaskan air kencing . Ini kerana ia mengandungi bahan pencengkam yang mampu memegang dinding saluran perut .

**** Tips untuk mengandung.... makan buah delima kalau nak baby ader lesung pipit.... saya dah buat and berjaya.... tapi semuanya dari tuhan... kalau dia tak bagi... takder jugak lesung pipitnya... lesung batu ader ler...

Khasiat Kangkung Popular Seluruh Dunia


Sayur kangkung amat mudah didapati dan senang juga dimasak . Sayur kangkung tergolong dalam golongan sayur berdaun hijau dan mempunyai aneka khasiat yang menakjubkan. Boleh dikatakan kesemua bahagian kangkung adalah penting dari batang ke akarnya.
Menurut pakar pemakanan Indonesia , Dr Setiawan, sayur kangkung ini bersifat antiracun ( antitoksik) , antiradang dan membantu melawas kencing ( diuretik ) . Kangkung juga bersifat menyejukkan dan menenangkan serta mampu membantu memudahkan tidur .
Sayur kangkung ini kaya dengan vitamin A, B1 , dan C , juga mengandungi protein , kalsium , fosfor , besi , karoten , dan sitosterol .
Khasiat kangkung ini juga turut diperakui pakar kesihatan Filipina , Herminia de Guzman Ladion, hingga menggelarkannya sebagai 'tanaman ajaib penyembuh' .
Di negara itu , tanaman ini dipakai untuk menyembuhkan sembelit dan ubat bagi mereka yang sedang melakukan diet . Akar kangkung juga berguna untuk mengubati penyakit buasir.

Di antara petua yang boleh di amalkan :

Meredakan sakit kepala
BAHAN : Seikat daun kangkung segar

PEMAKAIAN : Daun segar direbus dengan 2 gelas air . Rebus sehingga pekat atau hingga mendapat 1 gelas air . Minum air rebusan tersebut .

Meredakan Sakit Gigi
BAHAN : Segenggam akar kangkung , 1/2 senduk teh cuka

PEMAKAIAN : Rebus akar kangkung dengan 1 gelas air . Gunakan air rebusannya bagi kumur sekaligus 1 kali sehari .

6 Makanan Agar Kekal Cantik


  • Minum banyak air sekurang - kurangnya lapan gelas sehari
  • Pilih makanan berwarna oren . Ia kaya dengan beta keroten bagi memperbaiki kulit. Contohnya mangga , keledek dan badam.
  • Pengambilan vitamin C bagi pembentukan kolagen pada kulit .
  • Kurangkan lemak . Jika terlalu kurang lemak , kulit akan menjadi kering . Tapi , elakkan berlebihan seperti daging merah , mentega dan keju .
  • Menjaga keseimbangan . Multivitamin lebih baik berbanding suplemen. Berlebihan satu jenis vitamin menyukarkan tubuh untuk menyerap vitamin yang lain .
  • Jangan lupa vitamin H bagi mencegah kerapuhan kuku . Juga dikenali sebagai biotin atau vitamin B7 . Terdapat dalam ikan , susu , keju dan Kobis.
** aku pon perlu cuba nie... asyik minum nescafe jer

BERAT BADAN DITENTUKAN OLEH BEBERAPA FAKTOR . IA TERMASUKLAH DARI SEGI GENETIK , KESIHATAN , PENDIDIKAN , CARA HDUP , UMUR , JANTINA , BENTUK SENAMAN DAN TABIAT PEMAKANAN . DUA PUNCA UTAMA KEPADA MASALAH OBESITI ATAU BERLEBIHAN BERAT BADAN IALAH :
  • Tabiat pemakanan yang buruk. Jumlah kalori yang terlalu banyak contohnya melalui makanan yang tinggi lemak dan gula .
  • Terlalu sedikit mengambil buah - buahan , sayuran dan bijirin juga menyebabkan obesiti.
  • Minuman ringan dan kurang minum air kosong turut mengundang masalah ini .
  • Kurang bersenam merupakan punca utama kepada masalah berat badan. Jadi kurangkan penggunaan kereta jika anda mahu ke tempat yang dekat. Berjalan adalah salah satu senaman yang mudah.

Yogurt Baik Untuk Wanita Lepas Bersalin


Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk badan asal , yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi. Antara khasiat dadih yang amat tinggi nilainya ialah mengandungi lebih banyak kalsium , vitamin A , tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu di samping kaya dengan zat besi , fosforus dan kalium.
Ini kerana bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi sebagai membantu menghadamkan laktosa ( gula semula jadi dalam susu ) . Bakteria itu bertindak secara merangsang sebahagian sistem daripada sistem pelalian di dalam saluran usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma 'tidak baik' hidup di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan lancar.
Tiada kajian menunjukkan yogurt tidak baik untuk wanita hamil dan dalam pantang, ia hanyalah kepercayaan yang tidak berasaskan . Yogurt elok diambil pada tahap yang sejuk kerana bagi memastikan kandungan bakteria atau kultur hidup aktif terjamin untuk memberikan manfaat kesihatan terbaik pada tubuh badan.

Perbaiki Diet Anda

Makan dengan bijak boleh membantu mengekalkan bentuk badan , mengurangkan berat badan dan mengekalkan kesihatan .
Perhatikan info berikut :
  • Secawan coklat panas sebenarnya mengandungi antioksidan sehingga empat atau lima kal ganda lebih banyak berbanding dengan secawan teh. *** Bagaimanapun , coklat mempunyai kalori yang secawan lebih banyak iaitu sekitar 100 kalori secawan .
  • Makanlah kismis sebelum bersenam. Makanan ini mengandungi banyak antioksidan yang membantu memerangi radikal bebas yang terhasil ketika sedang bersenam.
  • Selain menurunkan kadar kolestrol dalam darah, kacang juga mengandungi magnesium dan zat mineral yang bertindak sebagai pembasmi 'stress' .
  • Kurangkan minuman berkarbonat. Wanita yang banyak mengambil minuman berkarbonat lebih berisiko mendapat osteoperosis.