Monday, September 28, 2009

Yogurt Baik Untuk Wanita Lepas Bersalin


Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk badan asal , yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi. Antara khasiat dadih yang amat tinggi nilainya ialah mengandungi lebih banyak kalsium , vitamin A , tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu di samping kaya dengan zat besi , fosforus dan kalium.
Ini kerana bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi sebagai membantu menghadamkan laktosa ( gula semula jadi dalam susu ) . Bakteria itu bertindak secara merangsang sebahagian sistem daripada sistem pelalian di dalam saluran usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma 'tidak baik' hidup di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan lancar.
Tiada kajian menunjukkan yogurt tidak baik untuk wanita hamil dan dalam pantang, ia hanyalah kepercayaan yang tidak berasaskan . Yogurt elok diambil pada tahap yang sejuk kerana bagi memastikan kandungan bakteria atau kultur hidup aktif terjamin untuk memberikan manfaat kesihatan terbaik pada tubuh badan.

No comments:

Post a Comment