Monday, September 28, 2009

Perbaiki Diet Anda

Makan dengan bijak boleh membantu mengekalkan bentuk badan , mengurangkan berat badan dan mengekalkan kesihatan .
Perhatikan info berikut :
  • Secawan coklat panas sebenarnya mengandungi antioksidan sehingga empat atau lima kal ganda lebih banyak berbanding dengan secawan teh. *** Bagaimanapun , coklat mempunyai kalori yang secawan lebih banyak iaitu sekitar 100 kalori secawan .
  • Makanlah kismis sebelum bersenam. Makanan ini mengandungi banyak antioksidan yang membantu memerangi radikal bebas yang terhasil ketika sedang bersenam.
  • Selain menurunkan kadar kolestrol dalam darah, kacang juga mengandungi magnesium dan zat mineral yang bertindak sebagai pembasmi 'stress' .
  • Kurangkan minuman berkarbonat. Wanita yang banyak mengambil minuman berkarbonat lebih berisiko mendapat osteoperosis.

No comments:

Post a Comment